PROVIDING A COMPREHENSIVE SYSTEM OF EARLY EDUCATION AND EFFICIENT BUILDING GOALS FOR MAKE STUDENTS MORE EXCELLENT

SUKATAN PELAJARAN



Sukatan Pelajaran ialah antara matapelajaran yang akan diajar oleh kami seperti bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu yang mudah difahami kepada semua murid. Selain itu, kami juga mengajar mereka matapelajaran Matematik dengan cara kami sendiri, iaitu dengan menggunakan muzik serta cara yang menarik perhatian mereka. Dalam pada itu juga, kami akan mendidik anak murid kami menjadi murid yang kreatif dan berseni dengan mengajar mereka pelbagai teknik mewarna, melukis mengikut rancangan pengajaran harian kami. Kami lebih kepada cara menarik perhatian mereka dengan warna warna yang indah, lukisan yang sangat menarik bagi mereka untuk mengelak mereka mudah bosan apabila belajar. Dan kami juga ingin memaklumkan kepada ibu bapa yang kami akan adakan waktu waktu kerohanian seperti menerapkan nilai agama seperti cara bersolat dengan betul kepada yang islam, serta kepada murid yang non muslim kami ada subjek moral untuk mereka pelajari dan fahami.