PROVIDING A COMPREHENSIVE SYSTEM OF EARLY EDUCATION AND EFFICIENT BUILDING GOALS FOR MAKE STUDENTS MORE EXCELLENT

-AKTIVITI TADIKA INDAH-(Sukaneka Tahunan)

Sukaneka  diadakan setiap tahun bagi merapatkan hubungan silaturahim antara warga Tadika Indah dan Ibu bapa pelajar, dalam aktiviti ini ibu bapa di alu alukan turut hadir bagi menyertai sama sama sukaneka ini  


(TEACHER'S DAY)

Sambutan hari guru diadakan setiap tahun pada 15.05, hari dimana guru di raikan oleh pelajar. Pada hari tersebut  akan terdapat pelbagai aktiviti aktiviti yang akan merapatkan lagi hubungan ukhwah antara guru guru dan pelajar. Kami mengadakan secara kecil kecilan antara warga Tadika Indah


(LAWATAN SAMBIL BELAJAR)

Tadika Indah sering mengajurkan program Lawatan Sambil Belajar untuk pelajar pelajar kami, kami memastikan semua pelajar turut serta dalam program ini. Antara tempat lawatan kami ialah Balai Bomba, Lawatan sambil belajar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang skop pekerjaan ahli Bomba disamping itu kanak-kanak juga diberi peluang mencuba pelbagai peralatan Bomba  untuk memadamkan kebakaran dan mendapat pengalaman menaiki kereta Bomba. 


(PERTANDIGAN MEWARNA & CERIAKAN KELAS)

Pada sesi pembelajaran yang lepas, tadika kami telah menyertai pertandingan mewarna antara tadika tadika. Pertandingan dapat mengasah bakat pelajar pelajar serta menunjukkan kreativiti mereka 


-Menceriakan kelas-

Kelas yang ceria dan selesa mendorong pelajar agar terus mempelajari ilmu tanpa rasa bosan jadi dengan itu kami mengadakan satu hari sebagai hari menceriakan kelas bersama semua warga Tadika Indah. Kami semua menggunakan kreativiti masing masing bagi memastikan tadika kami INDAH dan CERIA! 

(SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN)

Sambutan Kemerdekaan ini di adakan pada setiap tahun pada tarikh 31 Ogos. Sambutan ini bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan. 



(MAJLIS KONVOKESYEN)

Majlis Konvokesyen ini di adakan setiap akhir sesi pembelajaran bagi mengiktirafkan apa yang di pelajari oleh pelajar dan memberi sijil penghargaan.