PROVIDING A COMPREHENSIVE SYSTEM OF EARLY EDUCATION AND EFFICIENT BUILDING GOALS FOR MAKE STUDENTS MORE EXCELLENT

     TADIKA INDAH (WONDERFUL KINDERGARTEN)



Tadika Indah (Wonderful kindergarten) adalah sebuah tadika yang berdaftar dimana kami memberi pendidikan yang asas lengkap kepada kanak kanak sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Kami menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di tadika kami. Kami mengikuti kurikulum prasekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran, Malaysia. Kami menerima kanak kanak antara umur 4 hingga 6 tahun.
Pada makluman tuan dan puan, kami menyediakan transit kenderaan untuk murid bagi memudahkan ibu bapa yang sukar mengambil/menghantar murid dan kami menyediakan transit yang dijamin memastikan ketibaan anak anak tuan puan tiba dihadapan pintu rumah.
Dalam pada itu, bagi ibu bapa yang akan mengambil anak mereka pada waktu balik, kami juga menyediakan ruang menuggu seperti parkir kereta di hadapan tadika kami tanpa ibu bapa perlu turun parking kereta jauh jauh untuk ambil anak mereka. Pada ibu bapa yang khuatiri akan keselamatan anak mereka itu, kami telah menyediakan taman permainan samada Indoor/Outdoor yang sangat menerapkan ciri ciri keselamatan seperti gelongsor yang diperbuat drpd plastic, tapak permainan yang selamat dan permainan lain yang memang kami mementingkan keselamatan yang tinggi untuk anak murid kami.
Kami menyediakan ruang yang selesa, bersih serta luas untuk anak didik kami seperti  ruang pembelajaran, ruang seni kreatif, ruang kerohanian, ruang permainan serta dapur atau ruang makan yang selesa untuk mereka dan kami juga mengasingkan toilet bagi berlainan jantina untuk keselesaan mereka. Dalam pada itu, kami menyediakan ruang Ict untuk anak murid kami melayari internet atau menonton televisyen atau lebih dikenali sebagai ruang interactive bagi kanak kanak.
Tadika Indah merupakan tadika ceria yang  menyediakan pelbagai kemudahan yang selesa, selamat serta bersih untuk anak murid kami demi memastikan keselamatan terjamin serta kami selalu menceriakan tadika serta anak murid kami bagi mengelak mereka berasa bosan dan terus menarik minta mereka untuk menimba ilmu.